Saturday, February 21, 2015


Alhamdulillah.....

Akhirnya dapat menulis semula coretan dalam blog ini yang sudah setahun ditinggalkan. Oleh sebab sudah setahun ditinggalkan, maka sega aktiviti yang dilaksanakan pada tahun lepas tidak diupdate.

Pada tahun ini, saya akan cuba mengemaskini sebanyak mungkin blog ini agar ianya sentiasa segar dengan info-info terkini...heheheh...

Sebelum saya mulakan dengan tahun ini, eloklah rasanya saya bawa anda semua imbas kembali aktiviti yang dilaksanakan oleh pss SKFC pada tahun lepas biar pun tidak semua.

1. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas

    Telah diadakan pada 16 Februari 2014 di dewan SKFC. Majlis dimulakan pada pukul 7.30 pagi
    dan telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Ceneh.


2. Pelancaran Program NILAM

    Telah diadakan pada 16 Mac 2014 di dewan SKFC. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan     dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKFC, En. Suhaidi Bin Mohamed Amin. Sebagai gimik        
    pelancanran, guru besar telah membuka dan menandatangani 'pop up box' seterusnya menyerahkan    'bingkai NILAM' kepada setiap ketua kelas sebagai simbolik bermulanya program NILAM.


   




3. Kursus Kepimpinan
    
    Telah diadakan pada 15 Jun 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kemaman. Seramai 90    
    orang peserta telah terlibat merangkumi pengawas sekolah, pengawas pss, pengawas buku teks dan     ketua kelas. Kursus ini diadakan bertujuan membina sifat kepemimpinan dalam diri pengawas.

    

4. Kem Membaca 1 Malaysia

    Telah dilaksanakan dari 04 November hingga 06 November. Hanya melibatkan murid tahun enam       sahaja sebagai salah satu program pengisian selepas peperiksaan UPSR.